Cara Makan Set Kurus Shaklee



Kembali kurus adalah idaman ramai orang terutama wanita. Mereka nampak lebih cantik apabila kurus. Tapi bagi saya, salah satu bonus bila kurus adalah sebab nak jadi lebih sihat. Betul tak?

Saya tak kata, kalau gemuk tak sihat, tapi kebanyakan penyakit datang bila berat badan berlebihan. Kesuburan seseorang wanita juga berkurang. Menjadi kurus adalah langkah baik untuk lebih sihat.

Kenapa pilih Set Kurus Shaklee.


Sebab No 1


Set kurus Shaklee telah menjadi pilihan ribuan orang. Kenapa? Of course la sebab paling utama adalah set kurus Shaklee ni SELAMAT dan SEMULAJADI. Takde orang yang perlu risau tentang kandungannya, sebab Set Kurus ni adalah HALAL dan ada KELULUSAN KKM.

Inilah 2 perkara paling orang pentingkan sebab banyak sangat produk untuk kurus dan kelansingan yang merbahaya di pasaran. Ada yang takde kelulusan KKM, ada yang guna bahan terlarang. Ish..Ish.. Bahaya tu.

Sebab No 2


Cara penurunan berat badan adalah secara sihat. Bukannya bila makan Set Kurus, kita boleh hentam makan semua benda. Kawal makan dan melakukan aktiviti yang membakar kalori adalah BASIC.

Bukan kita tinggalkan makan terus. No. No. No. Tapi, kita kurangkan portion makan. Kurangkan karbo (nasi, mee, dll), lebihkan protein (lauk pauk)

Satu lagi. Penurunan berat apabila ambil Set Kurus Shaklee nampaknya agak perlahan.. TAPI tidak akan kembalikan berat asal jika betul caranya. Jangan expect penurunan mendadak ye, sebab ia adalah tidak sihat tau.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?

Set Kurus Shaklee menggunakan konsep Bakar - Buang - Bina untuk mengurangkan berat badan penggunanya. Apa itu Bakar? Apa Itu Buang? Apa itu Bina?

Konsep 1 : Bakar.


Bakar yang dimaksudkan adalah bakar lemak. Ada juga orang gelarkan cairkan lemak. Produk yang berkesan untuk cairkan lemak dalam badan adalah Lecithin.

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar.

Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Konsep 2:  Buang


Konsep buang atau detoks ini sangat penting setelah fungsi bakar berlaku. Apabila lemak telah dipecahkan dari dalam badan, ia harus di bawa keluar melalui pembuangan najis supaya tidak tersimpan dalam badan. Produk shaklee yang sangat sesuai untuk fungsi ini adalah Alfalfa.

Konsep detoksifikasi dalam usus ini sebenarnya memberi banyak kelebihan. Bukan sahaja dapat kurangkan berat badan, ia juga dapat mengembalikan tenaga dan mengurangkan risiko barah.

Konsep 3: Bina


Setelah lemak disingkirkan, otot badan perlu dibina semula supaya mengurangkan kesan geleber pada badan akibat lemak yang dibuang. Bagaiman nak bina semula? Dengan protein rumusan khas dari Shaklee iaitu Cinch.


0 comments: